Friday, 22 June 2012

halalkah "kinder bueno"?(updated version below)


السلام عليكم 

salam mani'taba al-huda
post ini bukan ingin menjatuhkan jenama tersebut tetapi menyedarkan kepada syarikat2 makanan supaya lebih berhati2(hazan) akan perkara halal@haram nie..

ok..hari 2 ana pergi ke petronas sekitar pasir gudang..ana pon teringin nk beli "kinder bueno" nietetapi lepas nk makan sebatang kinder bueno 2 baru ana perasan mne pergi tnda halal???ana beli kt rak makanan halal tdi..


gambar hiasan

ana tengok kt plastik dye 2...ia dibuat di jakarta..so mne tanda halal oleh MUI(Majelis Ulama Indonesia)??ana pon search in tnet psl bnde nie..ade dapat satu artikal tentang kinder bueno nie..





ana yang tengah pening nie pon terus hantar email ke MUI..dan ini jawapan mereka..
....
.....
.....




ada satu soalan yang bermain2 di benak fikiran ana..
so,x halal lah kinder bueno nie yer??
ana tnye kt fb sahabat halal jakim
http://www.facebook.com/HalalJakim


mereka semua telah menjawab soalan ana dengan semampu dan setahu mereka
so,"kinder bueno" dikira syubhah..

pengajaran:
1)sebelum beli kena check dulu..

2)disarankan pihak peruncit dan pemborong lebih prihatin akan isu sensitif umat islam ini(dh yang x tutup aurat x sensitif lha..nau zu billah min zalik)

3)tahniah JAKIM,MUI, dan seluruh pihak terbabit..


Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan hewan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
hadis diambil drpd:http://amirulasril.com/
~wallahu alam~

_________________________________________________________________________________
update 11/02/2015
Saya membiarkan anda untuk mencari maklumat yang tepat dan benar, jika apa-apa maklumat disini yang perlu ditukar, cuma "post" di sini. Saya terbuka hati untuk menukar entri ini jika maklumat yang diberikan itu benar.
penafian: saya tidak bertanggungjawab atas segala liabiliti yang ditanggung oleh sesiapa pun atas artikel ini, Ini ialah pendapat peribadi berdasarkan sumber-sumber pada tahun 2012.

Saturday, 11 February 2012

kewajipan org islam terhadap orang yang ingin masuk islam

bismillah
kewajiban2nye ialah :
:) menyebarkan dakwah mengikut kaedah dan masa yang sesuai
:) menjawab segala kesalahfahaman tentang islam yang mana yang mampu dijawab
:) mengajar segera kalimah syahadah jika dia nk masuk islam..tidak perlu jumpa kadhi dan sebagainya dahulu..mungkin dia akan menukar keinginan jika dilambat2kan
:) membawa dia ke mualim2

:) banyak lagi sebenarnya..nanti wak tulis lagi yaa...
WALLAHU ALAM..

Sunday, 29 January 2012

kesempurnaan solat- bab rukun solat(bahagian 1)


SEMBAHYANG MEMPUNYAI 13 RUKUN


gambar hiasan

1. Niat
Niat di dalam sembahyang fardhu hendaklah mengandungi qasad , ta’arud , ta’yin , yakni kehendak sembahyang fardhu maghrib atau sebagainya.
Niat di dalam sembahyang sunat yang mempunyai waktu atau sebab hendaklah mengandungi qasad dan ta’yin. Dan bagi sembahyang sunat mutlak yakni sembahyang tidak mempunyai waktu dan sebab memadai dengan niat yang mengandungi qasad sahaja.
Niat hendaklah terkandung di dalam lafaz – Allahu Akbar semasa Takbiratul ihram . Jangan terdahulu niat daripada harf alif pada Allah dan jangan terkemudian daripada harf ra’ pada Akbar- (Ar-ramli)
Bagi sembahyang qasar hendaklah ditambah bersama qasad , ta’arud dan ta’yin itu akan qasar , begitu juga bagi sembahyang jemaah hendaklah ditambah niat imam bagi imam dan makmun bagi makmun bersama qasad, ta’arud, ta’yin itu, kerana syarat sah jemaah ialah berjemaah pada awal sembahyang iaitu pada takbiratul Ihram.
2. TAKBIRATUL IHRAM.
Lafaz takbirnya ialah – Allahu akbar.
Kalau tidak berkuasa menyebut lafaz – Allahu akbar – hendaklah diterjemahkan kepada apa bahasa yang ia mengerti.
Sunat diangkatkan kedua tangan semasa berkata Allahuakbar. Angkat itu hendaklah bersetentangan dengan dua bahunya dan dua tapak tangannya dihadapkan ke kiblat kemudian diturunkan kedua belah tangan dengan memegang tangan kanan akan pergelangan tangan kiri dan diletakkan kedua-duanya di paras pusat.
Dua tangan yang diangkat itu berserta dengan menyebut lafaz Allahu akbar.
3. Qiam (berdiri betul)
Maksud Qiam di sini ialah dengan membetulkan tulang belakang bagi yang berkuasa, oleh itu di dalam melakukan Qiam jangan condong ke mana-mana arah dengan tidak meluruskan tulang belakang. Sekiranya condong tidaklah dinamakan qiam dan batal sembahyang.
4. Membaca Fatihah
Wajib membaca fatihah bagi imam, orang yang sembahyang seorang diri dan makmum muafiq yakni makmum yang sempat membaca Fatihah di dalam qiam Imam.
Rasulullah SAW bersabda :
لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأْ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ
Yang bermaksud : Tidak sah sembahyang bagi mereka yang tidak membaca Fatihah . (Bukhari, Muslim)
Bagi mereka yang tidak tahu membaca fatihah , hendaklah membaca mana-mana ayat sebanyak fatihah atau membaca mana-mana zikir sekadar huruf Fatihah iaitu sebanyak 156 huruf, kalau tidak tau membaca mana-mana ayat-ayat atau zikir hendaklah diam kadar membaca ayat fatihah (yang dianggarkan lebih kurang  20 saat).
Bacaan fatihah hendaklah berturut-turut dan tidak boleh diselang dengan mana-mana ayat atau zikir ataupun semata-mata diam melainkan bagi menyebut amin imam.
Bacaan hendaklah dengan betul sebutannya, tidak bertukar baris tashdid atau sebagainya.
5. Rukuk
Rasulullah SAW bersabda :
ثم اركع حتى تطمئن راكعا
Yang Bermaksud : Kemudian hendaklah engkau rukuk sehingga Tama’ninah dalam di dalam rukuk, (muttafaq ‘alaih).
Sunat berzikir semasa rukuk iaitu :
 سُبْحَانَ رَبِّيَ الْعَظِيْمِ   
Sebanyak 3 kali.
Sekurang-kurang rukuk hendaklah sampai dua tapak tangan akan kedua kepada lututnya dan yang afdhalnya ialah dengan ratakan belakang dan tengkuk seolah-olah sekeping papan, menegakkan betis dan memegang dua tangan akan dua lutut serta direnggangkan sedikit di antara jari dengan menghalakan belakang tangan ke kiblat.
Semasa turun kepada rukuk sunat ditakbirkan dengan lafaz Allahu Akbar serta angkat kedua belah tangan sebagaimana di dalam Takbiratul ihram.
BERSAMBUNG DI BAHAGIAN DUA KESEMPURNAAN SOLAT-BAB RUKUN SOLAT

kesempurnaan solat-bab rukun solat (bahagian 2)


Bersamabung daripada bahagian 1

6. I’tidal
Rasulullah SAW bersabda :
 ثم ارفع حتى تعتدل قائما
Yang bermaksud : Kemudian hendaklah engkau bangkit sehingga berdiri tegak (Muttafaq ‘alaih)
Disunatkan semasa bangkit dari rukuk dengan mengangkat dua tangan sehingga berbetulan dua telinga seperti mana Takbiratul ihram sambil mengucap :
 سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَه
dan apabila berdiri tegak pula mengucap
 رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ .
Bagi sembahyang subuh sunat diqunut semasa i’tidal di dalam rakaat yang kedua sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah :
قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا رفع رأسه من الركوع في صلاة الصبح في الركعة الثانية رفع يديه فيدعو بهذا الدعاء
Yang bermaksud : Berkata Abu Hurairah RA adalah Rasulullah SAW manakala mengangkat kepalanya daripada rukuk pada sembahyang subuh di rakaat yang kedua baginda mengangkat kedua tangannya dan berdoa dengan doa ini :
اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيْمَنْ هَدَيْتَ ، وَعَاْفِنِي فِيْمَنْ عَافَيْتَ ، وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ ، وَبَارِكْ لِي فِيْمَا أَعْطَيْتَ ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ ، فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَىعَلَيْكَ ، إِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ , تَبَارَكْتَ رَبَّناَ وَتعَالَيْتَ .
Sunat selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW diakhir  Qunut dan begitu juga selawat dan salam ke atas keluarga Rasulullah dan para sahabat baginda.
Sunat menadahkan tangan semasa membaca Qunut dan tidak perlu sapu muka manakala selepas Qunut.
7. Sujud dua kali tiap-tiap rakaat.
Rasulullah  SAW bersabda :
 ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا
Yang bermaksud  : kemudian hendaklah engkau sujud sehinggalah Tama’ninah di dalam sujud (muttafaq ‘alaih)
Kesempurnaan sujud ialah dengan ditakbirkan bagi turun kepada sujud dengan tidak mengangkat dua tangannya . Dan dihantarkan kedua lutut kemudia dua tapak tangan kemudia dahi dan hidung, sebagaiman yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sunat dibaca :
 سُبْحَانَ رَبِّيَ اْلأَعْلَى
tiga kali.
Semasa sujud hendaklah diletakan dua tapak tangan dengan berbetulan dua bahu dan menganjurkan anak-anak jari ke kiblat serta merapatkan di antara anak-anak jari.
Bagi lelaki hendaklah direnggangkan kedua-dua siku dari lambung dan perut dari kedua pehanya pada rukuk dan sujud. Bagi perempuan hendaklah dirapatkan segala yang tersebut.
Diceraikan antara dua kaki kadar sejengkal dengan menyentuh hujung anak jari ke lantai bagi lelaki, bagi perempuan hendaklah dirapatkan sedikit antara kakinya.
Wajib diberatkan kepala dengan sekira-kira jika ditaruh kapas di bawahnya nescaya kepiklan kapas itu.
8. Duduk diantara dua sujud.
Rasulullah SAW bersabda :
 ثم ارفع حتى تطمئن جالسا

Yang bermaksud : Kemudian hendaklah engkau bangkit sehingga engkau Tama’ninah di dalam duduk.

Kesempurnaan duduk di antara dua sujud ialah menakala bangkit dari sujud hendaklah mengucap Allahu Akbar beserta dengan angkat kepala dan hendaklah duduk Iftirash iaitu duduk atas tapak kaki kiri dan letakkan hujung jari kaki kanan ke lantai. Meletak dua tapak tangan ke atas kedua lutut serta mengunjurkan jari-jari ke kiblat.
Di dalam duduk antara dua sujud sunat dibaca doa yang dibaca oleh Rasulullah SAW :
رَبِّ اغْفِرْلِي وَارْحَمْنِي وَاجْبُرْنِي وَارْفَعْنِي وَارْزُقْنِي وَاهْدِنِي وَعَافِنِيْ

Janganlah dipanjangkan I’tidal dan duduk antara dua sujud kerana keduanya rukun pendek. Jikalau dipanjangkan i’tidal dan duduk antara dua sujud dengan sekira-kira sama panjang dengan membaca fatihah bagi i’tidal dan Tahiyat bagi duduk antara dua sujud dengan diketahui akan haramnya maka batallah sembahyangnya.
9. Tasyahhud (Tahiyat Akhir)
Iaitu membaca Tasyahhud akhir, Tasyahhud yang dipilih oleh As-Syafie daripada hadis Ibnu Abbas RA ialah :
التَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاَتُهُ . السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللهِ الصَّالِحِيْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله.
(Riwayat Muslim)
10. Duduk bagi Tasyahhud Akhir
Kesempurnaan duduk bagi Tasyahhud akhir ialah duduk Tawaruk iaitu duduk di atas papan punggung manakala kaki kiri dihulurkan ke sebelah kanan dan diletakkan di bawah betis kanan.
Tangan kanan diletakkan di atas lutut kanan dengan mengenggamkan semua jari kecuali telunjuk hendaklah diluruskan, merapatkan ibu jari lebih ke bawah dari jari telunjuk. Dan mengangkatkan jari telunjuk dengan diluruskan ke kiblat di waktu menyebut kalimah “Illa Allah” di dalam tasyahhud.
Tapak tangan kiri diletakkan di atas lutus kiri dengan menganjurkan jari-jari ke kiblat dengan disamakan paras jari dengan lutut dan merapatkan di antara jari-jari.
11. Solawat atas Nabi Muhammad SAW di dalam tasyahhud akhir.
Para sahabat telah berjumpa dengan Rasulullah SAW bertanya tentang cara selawat ke atas Rasulullah SAW. di dalam sembahyang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim -
أمرنا الله أن نصلي عليك فكيف نصلي عليك قال : قولوا اللهم صل على محمد وعلى آل محمد
Yang bermaksud : Kami diperintah oleh Allah supaya menselawatkan ke atas engkau (di dalam sembahyang) dan bagaimana cara kami menselawatkan ke atas engkau – Rasulullah SAW bersabda , katakan oleh kamu :
اللهم صل على محمد وعلى آل محمد
12. Salam
Yang paling afdhal di dalam sebutan salam ialah Assamualaikum warahmatullah.
Apabila selesai menyebut warahmatullah sunat dipalingkan muka ke kanan dengan sekira-kira pipi kanan dapat dilihat oleh orang yang di belakang di samping meniat salam kepada Malaikat, Manusia dan Jin yang mukmin.
Dan sunat menceraikan di antara dua salam yakni yang pertama ke kanan dengan salam yang kedua ke kiri atas kadar perceraian yang pendek.
Kemudian memberi salam yang kedua iaitu Assalamualaikum warahmatullah dan apabila selesai menyebut warahmatullah sunat dipalingkan muka ke kiri dengan sekira-kira pipi kiri dapat dilihat oleh orang yang dibelakang di samping meniatkan salam kepada para Malaikat, Manusia dan Jin yang mukmin.
13. Tertib
Hendaklah dilakukan peraturan sembahyang sebagaiman tertib rukun tersebut, di atas.
Kecuali niat wajib disertakan di dalam Takbiratul ihram dan Takbiratul Ihram itu pula dilakukan semasa Qiam dan disertakan pembaca Fatihah semasa Qiam itu.
Begitu juga membaca tasyahhud akhir di dalam duduk bagi tasyahhud akhir dan salam juga semasa duduk di dalam tasyahhud Akhir.
Selain daripada yang tersebut adalah menurut tertib.

SUJUD SAHWI

Sujud Sahwi ialah dua sujud yang dilakukan selepas membaca tasyahhud dan sebelum salam.
Kaifiat dan cara sujud sahwi adalah sama seperti sujud-sujud lain tentang perbuatan sunat dan wajibnya dan sunat dibaca dibaca semasa sujud ialah :
سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو
Di antara perkara-perkara yang menyebabkan sunat sujud sahwi ialah :
  1. Meninggalkan sunat Ab’adh iaitu duduk bagi tasyahhud awal, membaca tasyahhud awal, membaca selawat atas Nabi di dalam tasyahhud awal, membaca selawat atas keluarganya dalam tasyahhud akhir, membaca Qunut, berdiri bagi Qunut, membaca selawat atas Nabi dalam Qunut dan membaca selawat atas keluarganya di dalam Qunut.
  1. Mengerjakan perkara-perkara yang membatalkan sembahyang dengan sengaja dan tidak membatalkannya dengan terlupa. Di antaranya memanjangkan rukun pendek, berkata-kata yang sedikit yang tidak melebihi enam perkataan, makan , minum yang sedikit pada ‘uruf , dan melebihi rakaat.
  1. Memindahkan Qauli (bacaan) dari tempatnya sama ada Qauli itu rukun , sunat Ab’adh atau sunat Hai’ah.
  1. Syak pada bilangan rakaat.
  1. Syak pada bacaan sunat Ab’adh.

    Di Ambil daripada laman blog
    http://aki2004.wordpress.com/2009/09/11/panduan-kesempurnaan-sembahyang/